Wednesday, June 16, 2010

KPM yang diamanahkan mengurus sistem pendidikan di Malaysia seharusnya mengkaji semula cadangan untuk mewajibkan persekolahan bermula umur lima tahun lagi.Banyak faktor yang wajib diambil kira. Tanyalah pengalaman dari guru-guru di akar umbi dan janganlah semata-mata tanya pakar pendidik atau Profesor-Profesor sahaja. Saya andaikan mereka ini lebih tiori dari praktis, yang gagal menyelami kondisi dan posisi kanak-kanak seawal usia.
Kanak-kanak adalah bukan sebarang bahan mentah yang kita boleh hasilkan produk sebagaimana yang kita ingini. Mereka punya budaya dan latar belakang yang beragam , yangmana ibu bapa mereka berhak untuk mencorak mengikut acuan dan keinginan mereka sendiri.
Selama inipun kegagalan mencongak dalam sistem pendidikan kita telah banyak memporak- purandakan sistem sosial kita. Penekanan KPI berasaskan prestasi Peperiksaan awam khususnya menyebabkan semua pihak telah menafikan zaman kanak-kanak seorang murid. Mereka tiada masa untuk menjadi seorang kanak-kanak sebagaimana sepatutnya. Walaupun kita kaya dengan pakar-pakar psikologi namun kita gagal mengaplikasikannya.
Hasilnya selepas sahaja zaman persekolahan mereka seolah-olah melepas geram dengan berbagai kerenah sosial seumpamanya merempit , bergaul bebas , tidak lekat di rumah dan tidak terkawal lagi. Zaman persekolahan merupakan igauan ngeri kepada mereka.
Secara nalurinya , semua kanak-kanak seawal usia sangat memerlukan belaian kasih dan jagaan dari ibubapa mereka sendiri. Dari sinilan mereka belajar membina kekeluargaan dan segala-galanya mengenai keluarga mereka. Pada usia lima tahun mereka baru sahaja bermula pemahaman mengenai semua ini. Jadi sekiranya kita menyekat peluang mereka dengan mengalihkan ke intitusi persekolahan , mereka tidak akan ada peluang langsung. Kita sudah ada Pra Sekolah yang mana inipun sudah mengganggu intitusi kekeluargaan mereka. Kanak-kanak yang gagal mendapat perhatian dan belaian ibubapa akan gagal juga menjadikan ibubapa sebagai orang yang wajib dihormati dan dipatuhi arahannya , seterusnya siapa lagi yang akan dapat membimbing dan memperbetulkan pemesongan tingkahlaku mereka.
Walaupun Kerajaan misalnya , bermatlamat untuk membina dan membentuk generasi mengikut acuan dan dalam ruanglingkupnya , namun sanggupkan kita memperjudikan keseimbangan insani , kebangsaan , kemasyarakatan , budaya dan keteradisian kita nanti.
Mana laungan kita untuk mempertahankan bangsa , budaya dan adat-adat kita kalau kita juga seolah-olah mengambil cara negara komunis ( satu masa dulu ). Fikir-fikir dulu.

Saturday, May 1, 2010

fikirzikir

Jangan salahkan polis kerana tertembak remaja berkenaan .Mereka sudah jalankan kerja.Yang kita letak diri dalam keadaan dicurigai tu buat apa?.Lain kali tampal poster besar-besar biar polis tau kita bukan penjenayah..itupun kalau mereka bodoh untuk percaya.Syabas polis yang menjalankan tanggungjawab mereka. Sepatutnya pihak polis dan jabatan kepolisan dan yang bernama DIRAJA ada imuniti barulah berkesan dalam membenteras jenayah dan menjaga keamanan. ini tidak, polis diperlekehkan dan boleh didakwa jika tersilap. Polis pun takut kepada orang awam. apa macam? Saya cadangkan perlembagaan dipinda semula. Raja khususnya DYMM Sri Paduka Yang Dipertuan Agong punya imuniti mutlak dan mana-mana badan atau jabatan di bawah nama Diraja hanya diadili dibawah panel diraja sahaja bukan pengadilan awam.Dengan ini orang awan akan ada rasa respek dan gerun untuk melakukan sesuatu kesalahan atau seumpamanya apalagi jenayah .Dewasa ini polis seakan ragu-ragu malah takut menjalankan tugas kerana tiada perlindungan jika mereka tersilap dalam melaksanakaan tugas. Siapa mau bubuh pasir dalam periuk. Tak makanlah anak bini.lebih baik " Play safe ", Yang sikit-sikit tu pejam mata, pekak telinga, dapat buah tangan pun ok jugak... kan... Boss atas tak bising-bising diam-diamlah dulu. So.... Sampai bila????????